Posts

Showing posts from 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS 3014

Image
Assalamualaikum dan hello! Alhamdulillah, selamat menjalani kursus KPS 3014 Pengurusan Pembelajaran selama 14 minggu dengan Cik Izazol. Lecturer paling sportrim  sporting yang pernah saya kenal sejak masuk UPSI (bukan nak bodek eh~) (psst: Cik suka main Slime dalam bilik).  Setinggi-tinggi penghargaan buat Cik Izazol Binti Idris kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kajian kami. Baiklah, untuk pemilihan seorang watak di dalam kelas KPS 3014 Pengurusan Pembelajaran, suka untuk saya memilih Emily Racha Anak Empaga! Tepuk sikit.   Maaflah, bukan tak ada gambar Emily seorang, tetapi telefon saya rosak sampai hilang gambar-gambar yang lepas. Kita bagi chance abang guard sekolah SUA masuk sekali. Hehe Biodata Emily: Nama: Emily Racha Anak Empaga DOB: 23 Januari 1998 Asal: Limbang, Sarawak Anak yang ke: 1 daripada 3 Hobi: Membaca *yeletew Makanan all time fav: Mee goreng basah Air all time fav: Milo ping Warna fav: Pu

BAB 14: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

Image
BH Online, Februari 2018 Artikel di atas membincangkan tentang sekolah perlu mengambil bahagian dalam program Kesihatan Pekerjaan Sekolah (KKP) bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, menyatakan pembabitan pelajar adalah perlu kerana mereka bertindak sebagai mata dan telinga bagi pihak pengurusan sekolah. Katanya, apabila amalan KKP dilaksanakan termasuk menggunapakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC), pelajar akan segera memaklumkan kepada pihak pentadbiran jika melihat sesuatu yang boleh menimbulkan bahaya kepada mereka dan orang lain. "Sekolah selamat tidak hanya bermakna bebas daripada masalah disiplin dan jenayah lain seperti buli, gangsterisme dan penyalahgunaan dadah, sebaliknya perlu memastikan semua kemudahan adalah selamat." Kenyataan itu bagi mengulas insiden bumbung bilik darjah Seko

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

Image
Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah. Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Pers

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Image
BH Online, Februari 2018 Artikel di atas membincangkan tentang aspek perpaduan dan hubungan etnik di negara masih berada pada tahap kurang memuaskan kesan daripada sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud dalam negara. Hal ini kerana perkara membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu yang menjadi asas perlembagaan dipertikaikan golongan muda dalam kalangan etnik lain. Perkara ini juga berlaku disebabkan sistem pendidikan yang diterima mereka kerana wujud sekolah pelbagai aliran dalam negara yang membenarkan pengasingan etnik pada usia yang cukup muda. Menurut Profesor Bahasa Melayu yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seng, tindakan membenarkan pengasingan etnik pada usia cukup muda seawal lima tahun ketika memasuki tadika, hingga ke sekolah rendah yang mempunyai tiga aliran pastinya menyukarkan pelajar bergaul apabila dicantumkan di peringkat menengah. Apa yang menyedihkan, dalam negara ya

BAB 11: PENGURUSAN KOKURIKULUM

Image
Artikel di atas menyatakan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mahu pihak sekolah dan ibu bapa bekerjasama dalam usaha membentuk sahsiah pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta menjadi kebanggaan keluarga dalam akademik dan ko-kurikulum. Pengarah Pendidikan negeri Shaari Osman menyatakan bahawa pihaknya memandang serius masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan kerjasama dua pihak adalah landasan terbaik membentuk keyakinan diri mereka melalui pembabitan aktiviti ko-kurikulum. Tumpuan utama bukan sahaja terletak pada bidang akademik semata-mata malah aktiviti ko-kurikulum adalah jalan terbaik pembentukan pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju masa depan. Kokurikulum merupakan inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan hasrat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di seko

BAB 10: PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Image
Sekolah berperanan mengurus dan melaksanakan SPBT seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT berjalan lancar dan efisien, personal yang terlibat dengan program SPBT wajar memainkan peranan masing-masing. Pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah melibatkan Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang (GPK Petang), Guru penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan, Guru Kelas, murid, dan juga ibu bapa/penjaga. Sumber: Berita Harian Merujuk kepada keratan akhbar Berita Harian di atas menyatakan 2.34 juta buku teks rosak dicetak semula untuk menggantikan naskhah yang rosak akibat banjir dan akan diedarkan kepada semua sekolah yang terbabit di Kuala Lumpur. Pencetakan semula itu membabitkan kos keseluruhan bernilai RM9.5 juta.  Hal ini adalah untuk mencapai matlamat dan objektif S

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA

Image
Definisi pendidikan khas ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan individual dengan kaedah pengurusan yang sistematik dari segi susunan fizikal,alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Intervensi ini dibuat bagi menolong kanak-kanak berkeperluan khas dari segiakademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari. BH Online, November 2018 Artikel di atas membincangkan tentang Kementerian Pendidikan akan melaksanakan usaha menaik taraf sekolah di seluruh negara secara berperingkat supaya lebih mesra Orang Kurang Upaya (OKU). Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyatakan bahawa kementerian akan menyediakan peruntukan RM200,000 bagi setiap sekolah. Ia termasuklah sekolah harian biasa terletak di kawasan bandar atau luar bandar mahupun sekolah pendidik

BAB 8: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
Menurut Crow & Crow (1960), konsep bimbingan merupakan bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Bimbingan diberikan kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Sinar Harian, Mac 2019 Artikel di atas membincangkan tentang salah seorang pelajar lelaki tingkatan 1 yang mencuba untuk membunuh dir

BAB 7: PENGURUSAN DISIPLIN

Image
Sumber: BH Online, Februari 2019 Merujuk kepada artikel BH Online yang bertajuk "10,154 kes disiplin babit pelajar tahun lalu" menunjukkan di Seremban, sepanjang tahun 2018 kes disiplin bagi pelbagai kesalahan membabitkan pelajar di negeri ini direkodkan sebanyak 10,154. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata daripada jumlah itu, kesalahan ponteng sekolah mencatat bilangan tertinggi, iaitu 7,709 kes, manakala baki adalah kes disiplin lain seperti tingkah laku kurang sopan, kekemasan diri dan vandalisme . Beliau berkata, statistik itu menunjukkan usaha menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar perlu digembleng secara bersepadu oleh semua pihak terbabit , secara langsung mahupun tidak langsung. Namun, katanya, bagi membudayakan lebih banyak nilai murni dan mengurangkan masalah disiplin, JPNS menggalakkan perekodan amalan baik pelajar ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) . “Tahun lalu, sebanyak 94.9

BAB 6: PENGURUSAN BILIK SUMBER

Image
Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat . Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru. Sumber: Utusan Online, Mac 2018 Merujuk kepada artikel yang bertajuk "Lawatan Penanda Aras Tambah Baik Pengurusan Pusat Sumber" di atas, menunjukkan delegasi 79 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Meru 2 mengadakan lawatan penanda aras ke SK Bandar Anggerik, Shah Alam, baru-baru ini bagi menimba pengetahuan dan menambah baik pengurusan pusat sumber sekolah. Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Meru 2, Adida Haidzir berkata, lawatan ini d

BAB 5: PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE 21

Image
Pengurusan bermaksud satu perbuatan atau hal menguruskan sesuatu. Bilik darjah dimaksudkan sebagai aktiviti dalam bilik darjah melibatkan yang murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Bilik darjah abad ke-21 pula membawa maksud, mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran yang kreatif, hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna. Sumber: BH Online, Oktober 2015 Berdasarkan artikel akhbar online di atas yang bertajuk "Kelas PA 21 Tingkat Keyakinan Murid" menunjukkan di Kota Bharu, Kelantan, konsep pembelajaran abad ke-21 (PA 21) akan diperkenalkan secara meluas adalah sistem pendidikan baharu yang lebih holistik.  Matlamat utamanya ialah menghasilkan murid yang mempunyai daya fikir hebat hasil garapan menerusi pendidikan yang memberi kebebasan berfikir dan kreatif. Ia juga bertujuan melahirkan modal insan berkualiti, berpengetahuan, daya fikir kreatif, mempunyai keyakinan diri seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembanguna

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Image
Kepimpinan ialah keupayaan seseorang untuk memimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mengikut pakar teori kepimpinan dunia iaitu John C Maxwell, kepimpinan dedifinisikan sebagai kebolehan seseorang untuk mempengaruhi orang lain sehingga memperoleh pengikut (Berita Sinar Harian, 06 September 2015). Utusan Online, Oktober 2015 Keratan akhbar online di atas yang bertajuk "Kepimpinan Berkesan dalam Organisasi Sekolah" berkait rapat dengan topik dalam subjek KPS 3014 iaitu Kepimpinan dan Organisasi. Melalui akhbar online tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menghadiri Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah di Seremban, Negeri Sembilan. Dalam majlis tersebut, beliau menjelaskan bahawa menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah, apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak. Katanya, sesebuah sekolah itu mestiladiurustadbir dengan baik. Caranya tidak lain tidak bukan menerusi kepemi

BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Image
Menurut Stoner (1984), pengurusan merupakan proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan ini sangat penting untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti, dan mendapatkan keredaan Allah. Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah. Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah? Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pembelajaran , tingkah laku dan disiplin , dan fizikal . Strategi pengurusan pembelajaran adalah

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Image
Apa itu sosialisasi? Perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara satu sama lain; pergaulan: Beliau menekankan pentingnya kajian media massa dalam konteks kehidupan dan proses~ sesuatu masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Konsep sosialisasi Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada: 1. Perkembangan kognitif   2. Pemerolehan moral   3. Perkembangan kemahiran sosial  Jenis-jenis sosialisasi 1. Sosialisasi Permulaan Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang (Di peringkat ini kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa) Berlangsung saat anak berusia 1 – 5 tahun     2. Sosialisasi Sekunder ( Sosialisasi penyertaan) • Berlaku dalam lingku

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Image
Apa itu Sosiologi? Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”. Sosiologi adalah kajian santifik mengenai Interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996). Masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll (Jary & Jary 1995). Kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993). Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994).  Sosiologi Menurut Amir Hasan, Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002) Tokoh-tokoh Sosiologi TEORI FUNGSINIOLISME Auguste Comte (1798-1857) Dalam teori fungsionalis

Hello Earthlings

Image
(perasan je ew) Assalamualaikum dan hello earthlings. Nama diberi, Anis Farina atau nama nickname 'Anis' je. Jangan panggil saya Farina ye. Menangis pertama kali dan keluar melihat keindahan bumi ciptaan ALLAH S.W.T pada tarikh 12 Ogos 1998. Mempunyai sepasang ibubapa yang double triple penyayang dan bertanggungjawab. Saya merupakan salah seorang pelajar UPSI dengan nombor matrik D20181083958. Mengambil jurusan ISMP Geografi. Pelajar Semester 2 Sesi 2018/2019. Blog ini dicipta adalah untuk menyiapkan tugasan individu subjek KPS3014 Pengurusan Pembelajaran. Nama pensyarah: Cik Izazol Binti Idris.