BAB 11: PENGURUSAN KOKURIKULUM
Artikel di atas menyatakan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mahu pihak sekolah dan ibu bapa bekerjasama dalam usaha membentuk sahsiah pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta menjadi kebanggaan keluarga dalam akademik dan ko-kurikulum. Pengarah Pendidikan negeri Shaari Osman menyatakan bahawa pihaknya memandang serius masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan kerjasama dua pihak adalah landasan terbaik membentuk keyakinan diri mereka melalui pembabitan aktiviti ko-kurikulum. Tumpuan utama bukan sahaja terletak pada bidang akademik semata-mata malah aktiviti ko-kurikulum adalah jalan terbaik pembentukan pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju masa depan.
Kokurikulum merupakan inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan hasrat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.
Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah juga isaja kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting untuk menggerakkan kelab persatuan, badan beruniform dan juga permainan. Guru memainkan peranan penting untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kelab, dan sebagainya.
Antara matlamat kokurikulum ialah mengetahui dan memahami kaedah, strategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan, mengetahui dan memahami kaedah dan strategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin, dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti kelab atau persatuan yang dipimpin
Comments
Post a Comment