BAB 6: PENGURUSAN BILIK SUMBER


Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.
Sumber: Utusan Online, Mac 2018

Merujuk kepada artikel yang bertajuk "Lawatan Penanda Aras Tambah Baik Pengurusan Pusat Sumber" di atas, menunjukkan delegasi 79 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Meru 2 mengadakan lawatan penanda aras ke SK Bandar Anggerik, Shah Alam, baru-baru ini bagi menimba pengetahuan dan menambah baik pengurusan pusat sumber sekolah.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Meru 2, Adida Haidzir berkata, lawatan ini dapat memperkaya pengetahuan dan pengalaman guru-guru tentang pengurusan pusat sumber dan bilik-bilik khas lain secara sistematik.

Beliau juga menyatakan bahawa lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber antara kedua-dua buah sekolah, malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

SK Bandar Anggerik yang berstatus Sekolah Kluster Kecemerlangan merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat kebangsaan pada tahun 2015.

Guru Besar SK Bandar Anggerik, Abdul Rashid Md Ihsan meraikan delegasi SK Meru 2 yang turut disertai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Roslan Zakaria dan Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi, Mohd Alwi Yusuf.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA