BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN
Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah.
Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
- Suasana selesa dan mesra
- Suasana yang merangsang pembelajaran
- Menggalakkan pembelajaran koperatif
- Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
- Memberi peluang yang sama kepada semua murid
2. CIRI-CIRI IKLIM KELAS YANG KONDUSIF
- Hubungan saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya
- Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah
- Perasaan kekitaan yang timbul di antara para pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia
3. HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
- Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran
- Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
- Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat
- Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar
4. PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT
- Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanakbelajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
- Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor.
- Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.
5. CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI
- Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa
- Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru
- Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah
- Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka.
6. INSTITUSI MASYARAKAT ATAU PIHAK LUAR
- Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar
- Kerjasama erat antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru
- Contoh:
Persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun
Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).
Comments
Post a Comment