BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA
Definisi pendidikan khas ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan individual dengan kaedah pengurusan yang sistematik dari segi susunan fizikal,alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Intervensi ini dibuat bagi menolong kanak-kanak berkeperluan khas dari segiakademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
BH Online, November 2018
Artikel di atas membincangkan tentang Kementerian Pendidikan akan melaksanakan usaha menaik taraf sekolah di seluruh negara secara berperingkat supaya lebih mesra Orang Kurang Upaya (OKU). Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyatakan bahawa kementerian akan menyediakan peruntukan RM200,000 bagi setiap sekolah. Ia termasuklah sekolah harian biasa terletak di kawasan bandar atau luar bandar mahupun sekolah pendidikan khas.
Buat masa ini, terdapat 82,000 murid dan pelajar OKU yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Inklusif (PPI) atau di sekolah pendidikan khas. Menurutnya, daripada kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara, hanya lebih 1,000 adalah mesra OKU. Kemudahan juga perlu diwujudkan di setiap sekolah, tambahan pula, dasar sifar penolakan permohonan kemasukan ke sekolah bagi murid berkeperluan khas akan dilaksanakan.
Oleh itu, murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang lebih kerana mereka mempunyai keupayaan yang terbatas serta memerlukan bantuan dan dorongan. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai alternatif bagi memberi pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar dengan mewujudkan program seperti Program Inklusif serta Sekolah Pendidikan Khas bagi memenuhi keperluan pendidikan mereka.
Comments
Post a Comment