BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BH Online, Februari 2018

Artikel di atas membincangkan tentang aspek perpaduan dan hubungan etnik di negara masih berada pada tahap kurang memuaskan kesan daripada sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud dalam negara. Hal ini kerana perkara membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu yang menjadi asas perlembagaan dipertikaikan golongan muda dalam kalangan etnik lain. Perkara ini juga berlaku disebabkan sistem pendidikan yang diterima mereka kerana wujud sekolah pelbagai aliran dalam negara yang membenarkan pengasingan etnik pada usia yang cukup muda.

Menurut Profesor Bahasa Melayu yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seng, tindakan membenarkan pengasingan etnik pada usia cukup muda seawal lima tahun ketika memasuki tadika, hingga ke sekolah rendah yang mempunyai tiga aliran pastinya menyukarkan pelajar bergaul apabila dicantumkan di peringkat menengah. Apa yang menyedihkan, dalam negara yang mempunyai sistem pendidikan yang pelbagai, masih terdapat dalam kalangan rakyat yang gagal, malah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik sedangkan ia menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang negara. Perkara itu (kelemahan hubungan etnik) perlu diselesaikan.

Di Malaysia, Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya telah diwujudkan untuk menyelesaikan masalah kelemahan hubungan pelbagai budaya dalam sistem pendidikan. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA