BAB 14: PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

BH Online, Februari 2018

Artikel di atas membincangkan tentang sekolah perlu mengambil bahagian dalam program Kesihatan Pekerjaan Sekolah (KKP) bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, menyatakan pembabitan pelajar adalah perlu kerana mereka bertindak sebagai mata dan telinga bagi pihak pengurusan sekolah. Katanya, apabila amalan KKP dilaksanakan termasuk menggunapakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC), pelajar akan segera memaklumkan kepada pihak pentadbiran jika melihat sesuatu yang boleh menimbulkan bahaya kepada mereka dan orang lain.

"Sekolah selamat tidak hanya bermakna bebas daripada masalah disiplin dan jenayah lain seperti buli, gangsterisme dan penyalahgunaan dadah, sebaliknya perlu memastikan semua kemudahan adalah selamat."

Kenyataan itu bagi mengulas insiden bumbung bilik darjah Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau, Dungun, Terengganu, runtuh dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang.

Beliau turut menyarankan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pentadbiran sekolah agar bekerjasama melakukan audit keselamatan untuk tempoh lima tahun sekali bagi sekolah baharu, manakala sekolah yang agak berusia sekali setahun.

Dalam insiden seorang pelajar Tingkatan 2 terbunuh apabila bilah pisau traktor pemotong rumput terkena kepalanya di padang sekolah di Gemas baru-baru ini, kematian itu boleh dicegah jika pihak bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar mengambil langkah sewajarnya.


Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA