Posts

Showing posts from June 23, 2019

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Image
Kepimpinan ialah keupayaan seseorang untuk memimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mengikut pakar teori kepimpinan dunia iaitu John C Maxwell, kepimpinan dedifinisikan sebagai kebolehan seseorang untuk mempengaruhi orang lain sehingga memperoleh pengikut (Berita Sinar Harian, 06 September 2015). Utusan Online, Oktober 2015 Keratan akhbar online di atas yang bertajuk "Kepimpinan Berkesan dalam Organisasi Sekolah" berkait rapat dengan topik dalam subjek KPS 3014 iaitu Kepimpinan dan Organisasi. Melalui akhbar online tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menghadiri Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah di Seremban, Negeri Sembilan. Dalam majlis tersebut, beliau menjelaskan bahawa menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah, apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak. Katanya, sesebuah sekolah itu mestiladiurustadbir dengan baik. Caranya tidak lain tidak bukan menerusi kepemi

BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Image
Menurut Stoner (1984), pengurusan merupakan proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan ini sangat penting untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti, dan mendapatkan keredaan Allah. Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah. Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah? Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pembelajaran , tingkah laku dan disiplin , dan fizikal . Strategi pengurusan pembelajaran adalah

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Image
Apa itu sosialisasi? Perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara satu sama lain; pergaulan: Beliau menekankan pentingnya kajian media massa dalam konteks kehidupan dan proses~ sesuatu masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Konsep sosialisasi Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada: 1. Perkembangan kognitif   2. Pemerolehan moral   3. Perkembangan kemahiran sosial  Jenis-jenis sosialisasi 1. Sosialisasi Permulaan Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang (Di peringkat ini kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa) Berlangsung saat anak berusia 1 – 5 tahun     2. Sosialisasi Sekunder ( Sosialisasi penyertaan) • Berlaku dalam lingku