BAB 8: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Menurut Crow & Crow (1960), konsep bimbingan merupakan bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.

Bimbingan diberikan kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

Image result for isu penasihatan murid
Sinar Harian, Mac 2019

Artikel di atas membincangkan tentang salah seorang pelajar lelaki tingkatan 1 yang mencuba untuk membunuh diri di sekolahnya di Teluk Datuk, Banting. Pelajar terbabit dipercayai cuba terjun dari atas bumbung sekolah disebabkan kecewa kecewa dengan seorang pelajar perempuan yang sebaya dengannya yang menolak cintanya.  Sememangnya perasaan ingin bercinta wujud dalam diri semua pelajar tetapi pengetahuan dan kekuatan dalam serta jati diri amat penting dalam membendung rasa untuk bercinta semasa remaja.

Pelajar terbabit dipercayai cuba terjun dari atas bumbung sekolah. (Gambar kecil: Nota yang dipercayai ditulis oleh pelajar terbabit.)
Pelajar terbabit dipercayai cuba terjun dari atas bumbung sekolah. (Gambar kecil: Nota yang dipercayai ditulis oleh pelajar terbabit.)

Oleh itu, fungsi guru yang merupakan penasihat kepada pelajar tersebut agar masalah atau isu pelajar dapat dibantu dengan segera. Sesi kaunseling terhadap pelajar tersebut amat perlu bagi merungkai permasalahan tingkah laku pelajar.

Kesimpulannya, bahagian pengurusan penasihatan di sekolah sememamngnya perlu aktif dalam mengadakan program serta aktiviti yang boleh menarik minat murid dalam pembelajaran sekaligus mengurangkan kes salah laku pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA