BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Kepimpinan ialah keupayaan seseorang untuk memimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mengikut pakar teori kepimpinan dunia iaitu John C Maxwell, kepimpinan dedifinisikan sebagai kebolehan seseorang untuk mempengaruhi orang lain sehingga memperoleh pengikut (Berita Sinar Harian, 06 September 2015).

Utusan Online, Oktober 2015

Keratan akhbar online di atas yang bertajuk "Kepimpinan Berkesan dalam Organisasi Sekolah" berkait rapat dengan topik dalam subjek KPS 3014 iaitu Kepimpinan dan Organisasi.

Melalui akhbar online tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menghadiri Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah di Seremban, Negeri Sembilan. Dalam majlis tersebut, beliau menjelaskan bahawa menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah, apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak. Katanya, sesebuah sekolah itu mestiladiurustadbir dengan baik. Caranya tidak lain tidak bukan menerusi kepemimpinan atau ketua organi­sasi yang baik serta berkesan oleh pengetua atau guru besar. Beliau juga yakin bahawa jika ia dapat dilakukan secara berterusan ia akan menjadi ikutan sehingga di peringkat bawahan.

Kosmo Online, Julai 2018

Melalui keratan Kosmo Online di atas yang bertajuk "Guru SMK Ketereh mahu Pengetua ditukarkan" menunjukkan isu yang timbul apabila pengetua di sekolah tersebut tidak menjalankan gaya kepimpinan yang baik.

Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh menaikkan sepanduk di dalam kawasan sekolah berkenaan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan agar menukarkan pengetua sekolah itu. Seorang guru wanita sekolah berkenaan berkata, suasana persekolahan di sekolah berkenaan berada dalam keadaan dingin apabila guru-guru, pekerja sekolah serta pelajar-pelajar menyatakan tertekan untuk bekerja dan belajar.
"Dia sentiasa mengeluarkan kata-kata ugutan kepada kami. Kami sudah biasa dengan ugutan akan ditukarkan tempat perkhidmatan, bagi markah kurang jika dia tidak berkenan," katanya.
Guru-guru berkenaan mengangkat sepanduk agar pengetua sekolah berkenaan dipindahkan kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa tekanan kerja. Sementara itu, seorang guru lain pula berkata, mereka sudah buntu untuk bekerja dalam keadaan tertekan sebegitu malah kesan tersebut turut dirasai oleh pelajar-pelajar mereka.

Oleh itu, melalui perbincangan di atas kepimpinan dan organisasi menerusi kepemimpinan atau ketua organi­sasi yang baik serta berkesan oleh pengetua atau guru besar di sekolah begitu penting bagi melancarkan semua gerak kerja dalam sesebuah sekolah. 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA