BAB 10: PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


Sekolah berperanan mengurus dan melaksanakan SPBT seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT berjalan lancar dan efisien, personal yang terlibat dengan program SPBT wajar memainkan peranan masing-masing. Pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah melibatkan Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang (GPK Petang), Guru penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tahun/Tingkatan, Guru Kelas, murid, dan juga ibu bapa/penjaga.


Image result for pengurusan skim pinjaman buku teks kps
Sumber: Berita Harian

Merujuk kepada keratan akhbar Berita Harian di atas menyatakan 2.34 juta buku teks rosak dicetak semula untuk menggantikan naskhah yang rosak akibat banjir dan akan diedarkan kepada semua sekolah yang terbabit di Kuala Lumpur. Pencetakan semula itu membabitkan kos keseluruhan bernilai RM9.5 juta. 

Hal ini adalah untuk mencapai matlamat dan objektif SPBT iaitu untuk memberi peluang kepada murid yang kurang mampu agar mereka akan dapat belajar dengan sempurna seperti murid–murid yang lain,  meringankan beban ibubapa yang kurang mampu, memastikan murid yang kurang mampuagar tidak tercicir dalam pelajaran mereka, dan memastikan bekalan buku teks mencukupi untuk semua murid yang layak.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA