PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS 3014


Assalamualaikum dan hello! Alhamdulillah, selamat menjalani kursus KPS 3014 Pengurusan Pembelajaran selama 14 minggu dengan Cik Izazol. Lecturer paling sportrim sporting yang pernah saya kenal sejak masuk UPSI (bukan nak bodek eh~) (psst: Cik suka main Slime dalam bilik). Setinggi-tinggi penghargaan buat Cik Izazol Binti Idris kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kajian kami.

Baiklah, untuk pemilihan seorang watak di dalam kelas KPS 3014 Pengurusan Pembelajaran, suka untuk saya memilih Emily Racha Anak Empaga! Tepuk sikit.

 
Maaflah, bukan tak ada gambar Emily seorang, tetapi telefon saya rosak sampai hilang gambar-gambar yang lepas. Kita bagi chance abang guard sekolah SUA masuk sekali. Hehe

Biodata Emily:
Nama: Emily Racha Anak Empaga
DOB: 23 Januari 1998
Asal: Limbang, Sarawak
Anak yang ke: 1 daripada 3
Hobi: Membaca *yeletew
Makanan all time fav: Mee goreng basah
Air all time fav: Milo ping
Warna fav: Purple
Motto: Spark positive vibes to other

Wah, rupanya Emily seorang yang gemar minum air Milo Ping! Tapi.... Milo Ping tu apa. Haha. Setelah digoogle, 'Ping' sebenarnya Ais dalam bahasa Mandarin. Rupanya, di Sabah Sarawak, mereka memesan air minuman sejuk dengan ais kiub akan berakhir dengan perkataan 'Ping' pada akhir nama minuman. Contohnya Milo ping, kopi ping, dan sebagainya. Ok, baru saya faham.

Sebenarnya, saya dan Emily telah berkenalan sejak semester pertama lagi kerana kami mengambil course Pendidikan Geografi. Pada awalnya, saya tiada kenalan di dalam kelas tersebut dan risau seandainya tiada siapa yang mahu berkawan dengan saya (saya pemalu orangnya). Namun, setelah melihat di dalam kumpulan Whatsapp ada nama Emily, terus saya melonjak kegembiraan. Hehe

Untuk pengetahuan semua, Emily seorang yang petah dan pandai bercakap. Saya sangat kagum dengannya dan belajar daripadanya cara untuk menyampaikan presentation di hadapan kelas. Saya juga cemburu melihat dia yang sentiasa 'cool' apabila di hadapan orang ramai. Bukan macam saya, terketor-ketor lutut. Nafas pun semput.

Tambahan pula, Emily merupakan salah seorang ahli kumpulan saya. Semasa menjalankan kajian di SMK Ungku Aziz, Emily membantu ahli kumpulan untuk menanyakan soalan kepada cikgu-cikgu semasa proses temu bual dijalankan. Terima kasih, Emily!

Semasa di dalam kelas pula, dia selalu menjawab pernyataan Cik Izazol namun dengan suara yang perlahan. Hanya saya dan dia sahaja yang mampu mendengar. Walaupun jawapan dia betul, Cik tak boleh dengar. Mungkin dia tak confident dengan jawapan dia. Haha

Dia jugalah yang membantu saya dan ahli kumpulan lain untuk menyiapkan laporan. Apabila ada tugasan, dialah yang paling cepat hendak siapkan. Forum di MyGuru pun dia sering ingatkan kepada saya. *facepalm. Bukannya saya cakap ahli kumpulan lain tidak bagus ye. Ahli kumpulan saya yang lain iaitu Jenny, Victoria, Caroline, Didiy, Nabiha, dan Diana juga sangatlah memberi komitmen yang baik semasa menjalankan kajian. Tanpa kalian semua, kajian Pengurusan Disiplin tidak dapat disiapkan dengan baik. Thankyou you guys!

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Jika ada terkasar bahasa, harap dimaafkan.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA