BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut Stoner (1984), pengurusan merupakan proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan ini sangat penting untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti, dan mendapatkan keredaan Allah.
Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah.
Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah?
Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003).
Terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pembelajaran, tingkah laku dan disiplin, dan fizikal. Strategi pengurusan pembelajaran adalah berpusatkan kepada pelajar, bahan, dan guru.
Strategi pengurusan pembelajaran yang berpusatkan pelajar ialah pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
Strategi berpusatkan bahan pula ialah guru menggunakan bahan seperti buku, bahan lukisan, komputer, peralatan saintifik dan lain-lain untuk menjalankan pengajaran.
Strategi berpusatkan guru adalah satu strategi di mana guru menguasai proses pengajaran dan pembalajaran contohnya kuliah, penghafalan, menyalin nota dan membuat latihan yang diberi oleh guru.
Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sekolah?
Menurut Sharpe (1989), pengurusan sekolah mempunyai organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
Mengapa pengurusan sekolah kini susah untuk ditadbir?
Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Selain itu, kumpulan sasaran juga manusia yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.
PRINSIP PEMBELAJARAN
Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah
(Shahabuddin et al., 2006)
Antara prinsip pembelajaran ialah
kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid, dan unsur dorongan.
Antara faktor yang mempengaruhi kesediaan pembelajaran ialah
- Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afektif dan kemahiran.
- Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat.
- Dorongan - penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat
- Sosial dan persekitaran - ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat
- Pengalaman sedia - murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka
Comments
Post a Comment