BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN



Apa itu Sosiologi?
  • Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842).
  • Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”.
  • Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Sosiologi adalah kajian santifik mengenai
  • Interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996).
  • Masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll (Jary & Jary 1995).
  • Kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993).
  • Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994). 
Sosiologi Menurut Amir Hasan,
Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002)
Tokoh-tokoh Sosiologi

TEORI FUNGSINIOLISME
Image result for auguste comte
Auguste Comte (1798-1857)
Dalam teori fungsionalisme, masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang  mempunyai fungsi tersendiri. Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat. Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat. Selain itu, teori ini juga menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar). Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan, dan sebagainya. Perkembangan individu juga tidak diutamakan. Dalam sesebuah sistem masyarakat, kepentingan pengekalan status quo ditekankan.

TEORI KONFLIK
Image result for karl marx
Karl Marx (1818-1883) diikuti oleh Max Webber (1864 – 1920)
Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya. Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial, dan sebagainya. Perkembangan individu tidak diutamakan.

TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
Image result for George Herbert Mead (1863-1931).
George Herbert Mead (1863-1931)
Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra. Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro). Melihat interaksi murid, guru, dan pihak pentadbiran di sekolah. Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. 


Apa Itu Pendidikan?
Menurut Syed Muhammad Qutb,
Pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
Menurut John Dewey,
Pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu.  Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.



Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH & PERSEKITARAN

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 9: PENGURUSAN PELAJAR PELBAGAI UPAYA