BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Apa itu sosialisasi?
Perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara satu sama lain; pergaulan: Beliau menekankan pentingnya kajian media massa dalam konteks kehidupan dan proses~ sesuatu masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
- Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
- Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
Teori Sosialisasi memberi
perhatian kepada:
1. Perkembangan kognitif
2. Pemerolehan moral
3. Perkembangan kemahiran sosialJenis-jenis sosialisasi
1. Sosialisasi Permulaan
2. Sosialisasi Sekunder ( Sosialisasi penyertaan)
- Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang (Di peringkat ini kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa)
- Berlangsung saat anak berusia 1 – 5 tahun
• Berlaku dalam lingkungan keluargaSosialisasi Semula (resosialisasi)
• Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, dan kelas sosial.
• Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia adaInteraksi dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu dititikberatkan. Guru berperanan mengenalpasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir, menggunakan kuasa penularan dan membimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini.
• Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll
Apa Itu Interaksi?
Interaksi ialah proses saling bertindak/berhubungan antara dua atau beberapa pihak. Misalnya, guru dan pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling melengkapi. Interaksi juga terbahagi kepada dua iaitu lisan dan bukan lisan.
Terdapat 3 jenis interaksi iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua hala, dan interaksi kumpulan.
Interaksi Sehala/Pasif
Interaksi sehala menggunakan gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara AUTOKRATIK iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat. Dalam interaksi ini, murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain. Interaksi ini juga kurang berkesan sekiranya diamalkan pada keseluruhan proses P&P dan hanya sesuai digunakan semasa memberi arahan/taklimat atau fakta penting kepada murid.
Interaksi Dua Hala
Interaksi dua hala berlaku apabila penyertaan murid dalam P&P melalui interaksi guru-murid. Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Murid juga akan bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran. Namun, interaksi ini tidak melibatkan interaksi antara murid.
Interaksi Kumpulan
Interaksi ini menggunakan gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara DEMOKRATIK. Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid. Guru bertindak sebagai fasilitator, manakala murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi. Interaksi ini dapat mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran, dan tolong-menolong. Interaksi ini sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan.
Comments
Post a Comment